Rosli Ingkar arahan Mahkamah

Bapa mentua Dr Rosli Allani Abdul Kadir menganggap bekas ketua penerangan Pemuda Pas Kelantan itu melarikan anaknya dan beliau akan berusaha mencari mereka.

“Saya akan terus mencari mereka hingga ke lubang cacing bagi mengembalikan hak saya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga,” kata Mohd Noor Che Man di sini, hari ini.

Semalam, Mohd Noor, 58, dan beberapa rakannya mengepung rumah didiami Rosli, 35, dan anaknya, Nor Ilyani, 30, yang dikatakan mengingkari arahan Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan sementara (mufarakah) selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui kerana disyaki dijalankan oleh satu sindiket di Selangor.

Bagaimanapun, pada 9 pagi tadi, Rosli dan Nor Ilyani berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta yang sedia menunggu di pintu masuk rumah sewanya di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot, dekat sini, walaupun ketika mereka masih dikepung oleh keluarga Mohd Noor.

Pada 21 November lalu, Rosli diperintah oleh Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan dengan Nor Ilyani yang juga adalah isteri keduanya selepas mendapati perkahwinan mereka menimbulkan keraguan.

Mohd Noor berkata, beliau menyerahkan kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan tindakan lanjut terhadap anak dan menantunya itu.

Katanya, beliau hanya mengambil tindakan apa yang termampu mengikut bidang kuasa dan tanggungjawab yang ada pada seorang bapa.

“Tindakan lain yang di luar bidang kuasa, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut,” katanya. – Bernama

PAS Selangor Didesak Keluar Pakatan Rakyat

Sekumpulan lelaki yang menggelarkan diri mereka penyokong dan pengundi PAS Selangor hari ini mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah negeri itu kerana didakwa gagal memperjuangkan Islam serta nasib kaum Melayu.

Kira-kira 20 orang yang berhimpun secara aman itu berarak sejauh 500 meter ke perkarangan pejabat Badan Perhubungan PAS negeri yang terletak di Pusat Perniagaan Worldwide di sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Kumpulan berkenaan turut membawa kain rentang dan sepanduk tertera ‘Kami Tidak Rela PAS Jadi Boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kami Desak PAS Keluar Pakatan Rakyat, Jangan Musnahkan Amanah Yang Diberikan Rakyat dan Jangan Jadi Kuda Tunggangan Anwar.

Jurucakap kumpulan itu, Wan Hilman Wan Abd Rahim berkata, bantahan tersebut dibuat kerana mereka mahu PAS bangkit daripada mengikut telunjuk DAP dan PKR yang didakwa membelakangi parti itu dalam banyak isu pentadbiran di negeri itu.

“PAS boleh bergerak sendiri, selama ini keputusan yang dibuat tidak sampai dan kita banyak ikut telunjuk mereka (DAP dan PKR).

“Kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga kebajikan rakyat terutamanya dalam isu yang melibatkan Islam dan kepentingan orang Melayu.

“Kita ahli PAS Selangor mahu PAS bangkit kerana kita lihat semua perkara sudah jadi kacau-bilau jadi kita cuba bangkitkan semua ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Hilman yang mendakwa ahli PAS Bahagian Gombak turut menafikan dakwaan kononnya kumpulan itu dibiayai oleh Umno atau Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tak ada. Kita tidak didalangi Umno, Anwar atau mana-mana pihak. Kita biayai sendiri dan apa yang kita buat hari ini datang daripada hati kita sendiri, tidak ada sokongan daripada mana-mana pihak,”ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya akan cuba menyampaikan memorandum berkenaan kepada Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hassan Ali esok pagi.

“Insya-Allah kita akan cuba hantar esok dan kita akan tengok masa yang sesuai nanti,” ujarnya.
Petikan mstar online.

SELANGOR : Penjawat Awam TERTIPU!!

gambar hiasan

Shah Alam : Pakatan Rakyat yang diketuai oleh PKR di Selangor telah berbohong kepada Penjawat Awam di Selangor. Janji Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi cuti bersalin sebanyak 90 hari hanya rekaan dan khayalan semata-mata. Tinjauan citizen journalist mendapati, penjawat awam disini hanya mendapat 60 hari cuti bersalin.


Jelas mereka, "kami diberi cuti sama sahaja seperti penjawat awam lain, 60 hari. Walaubagaimanapun, jika mahu ambil lagi 30 hari seperti dijanjikan PKR Selangor, cuti semasa hendak bersara kami akan dipotong. Apa maknanya semua ini? Kira sama saja dengan Penjawat Awam lain. Mana ada 90 hari cuti bersalin."


citizen journalist mengulas berkenaan janji Pakatan Rakyat kepada pengundi terutama pengundi dari penjawat awam diberi 90 hari cuti bersalin. Untuk rekod, cuti penjawat awam adalah dibawah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, bukan kerajaan negeri seperti yang disuarakan pembangkang.

Kenali Kawasan DUN Bagan Pinang

N.31 Bagan Pinang mempunyai keluasan 131.44 km persegi dan merupakan salah satu daripada 5 DUN dalam Bahagian Pilihanraya P.132 Teluk Kemang. Empat DUN lain adalah N.29 Chuah, N.30 Lukut, N.32 Linggi dan N.33 Port Dickson.
N.31 Bagan Pinang merupakan pekan kecil yang berhampiran dengan pantai dikelilingi dengan kawasan ladang sawit serta getah. Tedapat 2 buah perkampungan kecil di sekitarnya iaitu Kampung si Rusa dan Kampung Bagan Pinang. Juga terdapat beberapa buah kem tentera disekitar.
Jumlah Pemilih Berdaftar sehingga suku tahun kedua 2009 yang dikemaskini sehingga 4 september 2009 adalah seramai 13,664 yang terdiri daripada 9,060 orang pemilih biasa dan 4,604 orang pemilih pos. Daripada kesemua jumlah pemilih tersebut, peratus pecahan kaumnya adalah 62.77% (Melayu), 20.74% (India), 10.96% (Cina) dan 5.54% bagi yang lain-lain.
Kebanyakkan penduduk di sini bekerja sebagai peladang, nelayan, kakitangan industri pelancongan dan tentera.

Di mana PAS sembunyi selepas pengumuman calonnya?

Selepas 24 PAS umumkan calonnya..Parti Isle itu terus menghilangkan diri. Tinjauan citizen journalist ke port panas PAS di Bt 9, Teluk Kemang, keadaan gelap tanpa sebarang aktiviti ceramah fitnah mereka. Apa yang dapat disimpulkan disini, PAS seperti sudah menghidu kekalahan di kawasan Bagan Pinang ini.

Dari pada info yang boleh dipercayai, PAS bakal kalah dengan 4000 majori kepada UMNO Barisan Nasional. Ini kerana, Aura Isa Samad dikalangan penyokongnya yang amat menyenangi sikap Isa yang amat rendah diri dan mudah didekati bagi meluahkan masalah-masalah yang dihadapi rakyat.

Dari pada keadaan semasa, citizen journalist juga sependapat dengan informer diatas. Ini kerana Isa bukan sahaja berpengaruh dek kerana beliau sendiri merupakan orang tempatan Bagan Pinang, Isteri beliau juga merupakan orang sini. Dengan pengaruh sebagai bekas Menteri Besar N9, Isa bakal menang mudah di kawasan ini.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang akan diadakan pada 3 Okt ini manakala pengundian ditetapkan pada 11 Okt.

Apapun, citizen journalist akan cuba mencari, di mana PAS dan apakah yang sedang lakukan oleh Pakatan Rakyat sekarang, adakah menyediakan KERANDA MEREKA SENDIRI? Nantikan laporan selanjutnya besok. Teruskan bersama citizen Journalist.

APAKAH Anwar Bukan Pengkhianat Orang Melayu?




APAKAH Anwar bukan pengkhianat orang Melayu sedangkan pada masa beliau menjadi Menteri Kewanganlah pencapaian orang Melayu dalam pemilikan ekuiti menjadi statik dan tidak bergerak? Orang melayu telah mencapai sekitar 18% penguasaan ekuiti syarikat BSKL pada tahun 1990.

Malangnya apabila Anwar mengambil alih kepimpinan di Kementerian Kewangan sehingga 1998, angka tersebut tidak berubah banyak. Walaupun ekonomi negara sedang mencanak naik ketika itu, Anwar hanya berjaya meningkatkan tidak lebih 2% daripada statistik 1990 ketika Daim Zainuddin meninggalkan Kementerian Kewangan. Mengapa Anwar gagal meningkatkan ekuiti Bumiputera sedangkan pada zaman beliau menjadi Menteri Kewangan begitu banyak syarikat swasta, mahu pun yang berkaitan kerajaan, disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)? Bukankah Anwar memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 1993 dengan politik wang dan politik "pink form" Kementerian Kewangan? Bukankah Ezam dan Azmin menjadi pengedar "pink form" nombor wahid di seluruh negara? (Pink Form ialah borang pengagihan saham syarikat yang bakal disenaraikan di BSKL atas kuota Bumiputera).

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengeluarkan senarai penerima kontrak dan agihan saham sebagai membuktikan ramai orang Melayu, bukan orang tertentu atau kroni sahaja, yang menerima kontrak dan agihan saham. Malangnya Anwar yang melaungkan ketelusan dan menolak kronisme dalam sidang IMF di Hong Kong pada tahun yang sama diam membisu seribu bahasa mengenai senarai Kementerian Kewangan di bawah pimpinannya. Mengapa?

Apakah gagalnya pemilikan ekuiti Melayu dalam syarikat di BSKL kerana anwar mengamalkan konsep seperti dalam IOI Berhad di mana bapanya menjadi pengerusi tetapi saham-saham dimiliki oleh bukan Melayu? Jika polisi DEB dalam sektor pendidikan berjaya melahirkan ratusan ribu profesional Melayu pada 1990-an di bawah beberapa Menteri Pendidikan termasuk Timbalan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengapa Anwar gagal di Kementerian Kewangan? Apakah salah UMNO jika kementerian lain bawah UMNO dapat menjayakan polisi DEB tetapi Anwar gagal?

Hari ini, Anwar ke hulu ke hilir mendakwa DEB gagal kerana UMNO hanya mementingkan kroni dan orang tertentu. Soalnya siapakah dalam UMNO yang menggagalkan pemilikan ekuiti orang Melayu ini? Hari ini, bila dipecat dari UMNO atas salah laku seks dan pecah amanah, Anwar menggesa supaya semua isu-isu orang Melayu dalam DEB dihapuskan keranan kononya disalah guna oleh UMNO. Berdasarkan fakta tadi, apakah bukan terbukti Anwar pengkhianat orang Melayu? Satu masa dahulu beliau mengkhianati amanah membangunkan kekuatan ekonomi orang Melayu yang diberikan oleh Perdana Menteri dan UMNO. Hari ini beliau menyalahkan orang lain atas kegagalan tersebut dan menyarankan DEB dihapuskan terus. Kalau bukan pengkhianat apa namanya pemimpin jenis ini?
Anwar sebagai agen Amerika Syarikat dan Yahudi bukanlah difahami dalam konteks ejen perisikan seperti CIA. Sebaliknya Anwar dilihat ejen agenda Amerika Syarikat dan Yahudi di negara ini. Bukti yang jelas ialah pembabitan serius Anwar dengan Foundation For the Future (Yayasan Masa Hadapan) yang direncanakan oleh Paul Wolfowitz untuk menyebarkan fahaman dan ideologi Amerika Syarikat di kalangan negara Arab dan negara Islam lain. Selain itu, Anwar tidak dapat memisahkan diri dengan Institut Kajian dasar (IKD). IKD merupakan think tank Anwar sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.Apabila Anwar dipecat, IKD di bawah Khalid Jaafar turut menentang kerajaan dan UMNO. IKD ditaja sepenuhnya oleh badan Yahudi iaitu Konrad Adaneur Foundation (KAF). Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. IKD yang sangat aktif IPTA dan IPTS. IKD turut bekerjasama rapat dgn MAFREL mengadakan penyelidikan.

IKD amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap Anwar Ibrahim. Sumbangan kepada IKD oleh organisasi Yahudi ini bukan sahaja selepasAnwar dipecat, malah ketika penubuhannya pun (Anwar ketika itu merupakan "putera mahkota UMNO") IKD menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF). KAF turut menaja Interfaith Commision (IFC). Pada 1997, apabila berlaku krisis ekonomi Asia akibat kejatuhan matawang, Anwar melaungkan mantera Amerika Syarikat dan Yahudi mengenai nepotisme dan kronisme sebagai punca keruntuhan ekonomi Asia.
Lebih menarik, Anwar meletakkan semua kesalahan itu atas Dr. Mahathir Mohamad, sedangkan ketika itu, kroni-kroni Anwarlah yang paling hebat dan gagah mengaut projek-projek negara. Bagi melaksanakan mantera Amerika dan Yahudi ini, Anwar membuat ucapan yang bertentangan dengan ucapan dr. Mahathir di Forum Ekonomi Dunia 1997 di Hong Kong. Dalam negara pula, Anwar menggunakan Ahmad Nazri Abdullah (ketika itu Ketua Pengarang Berita Harian), Johan Jaaffar (Ketua Pengarang Utusan Malaysia) dan Rustam A. Sani, kolumnis tamu Utusan 'belaan' Anwar. Rustam ketika itu menulis dalam Utusan Malaysia menyindir Dr. Mahathir ketika itu sebagai takut dengan bayang-bayang sendiri kerana mengkritik spekulator matawang.

Hubungan rapat Anwar dengan Tabung Mata Wang Antarabngsa (IMF) dan Menteri Kanan Clinton yang berbangsa Yahudi termasuk William Cohen dan Madeline Albright telah mewujudkan ketidakstabilan dalam negara. Anwar sebagai Menteri Kewangan menaikkan Kadar Pinjaman Asas dan Kadar Faedah Kad Kredit dengan begitu tinggi mengikut formula IMF. Anwar juga dan menyingkatkan tempoh hutang lapuk dan cuba menghapuskan beberapa subsidi. Ini menyebabkan ramai orang hampir muflis, gulung tikar dan hutang meningkat secara mendadak.

Kadar inflasi meningkat, kuasa beli menurun dan pengangguran kian bertambah. Tindakan-tindakan ini tidak lain dan tidak bukan digerakkan oleh Anwar atas sokong pemimpin tertentu di Amerika Syarikat yang mahu melihat perubahan kepimpinan di Asia yang gagal mereka kuasai sepenuhnya seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia. Bukankah ketika itu Anwar juga bekerjasama dengan Amin Rais seorang tali barut Amerika di Indonesia. Bukankah Amin Rais ketika riuh rendah reformasi di Indonesia dan Malaysia tengah gawat ekonomi, pernah berkata kepada Anwar bahawa "inilah masa terbaik untuk mengambil alih kepimpinan." Anwar mungkin bukan ejen US seperti perisikan Yahudi.

Namun tidak dinafikan bahawa banyak contoh yang menunjukkan hubungan Anwar dengan US lebih daripada hubungan diplomatik atau sahabat biasa. Berapa ramai bukan pemimpin nombor satu negara asing menerima sambutan karpet merah dan tembakan meriam di Washington DC seperti anwar perolehi? Berapa ramai tokoh poltik yang bersalah atas tuduhan pecah amanah, penyelewengan kuasa dibela oleh pemimpin tertinggi.

4 jenis manusia haram dilantik pemimpin

SEBAGAI suatu keperluan kepada kehidupan makhluk bernyawa yang tidak dapat memisahkan diri dari hidup bermasyarakat ialah kena ada pemimpin. Untuk menjadi pemimpin mahu tidak mahu mereka yang dipilih kenalah dari yang paling terbaik dari yang terbaik dan yang paling terpilih dari yang boleh dipilih.

Orang Islam kena berhati-hati dalam soal kepimpinan kerana ia adalah persoalan yang ada kaitan dengan soal iman dan akidah, bahkah ia merupakan intisari daripada kalimah tauhid yakni al-wala wal-bara'.

Jika silap silap membuat pemilihan dalam soal kepimpinan boleh mendatangkan malapetaka sepanjang masa, malah apabila ianya ada kemungkinan akan mati dalam keadaan kafir dan murtad.

Jika dipilih seorang pemimpin yang ingkar kepada hukum dan syariat Allah s.w.t. sedangkan kita dalam keadaan sedar, maka pada saat itu kita menjadi orang yang munafik dan zalim, maka murka Allah amat besar kepada kita sebagaimana firmannya yang bermaksud;

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditepatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka" - An-Nisa': 145.

Menyedari peri pentingnya pemimpin dan kepemimpinan, maka Allah sendiri menyatakan dalam al-Quran empat kategori manusia yang tidak boleh, yang haram diangkat menjadi pemimpin, yang tidak termasuk dalam keempat-empat kategori pastilah diboleh. Yang diharamkan ialah;

PERTAMA: Orang Yahudi dan Nasrani
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian dari mereka. Barangsiapa di antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim" - Al-Maidah:51

KEDUA: Orang yang melebihi atau mengutamakan kekafiran daripada keimananDalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir dari iman. Barangsiapa mengangkatnya menjadi pemimpin dari kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim". - At-Taubah:23.

KETIGA: Orang yang diluar kalangamu termasuk di dalamnya orang munafikAllah berfirman, mafhumnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil sahabat yang setia selain dari golongan kamu, mereka tidak henti-hentinya berikhtiar mencelakakan kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesunugguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka, tetapi apa yang tersembunyi dalam hati mereka adalah lebih besar lagi. Kami telah terangkan kepadamu tanda-tanda jika kamu mahu berfikir.

Ingatlah kamu ini mencintai mereka sedang mereka tidak mencintai kepadamu dan kamu percaya kepada seluruh kandungan al-Quran, sedang mereka itu apabila bertemu dengan kamu, mereka mengakui: kami beriman, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari mereka lantaran marah bercampur benci kepadamu. Katakanlah kepada mereka: matilah kamu bersama kemarahan kamu itu. Allah mengetahui apa yang ada di dalam dadamu/hatimu". - Ali-'Imran:118-119.

KEEMPAT: Orang yang mengingkari Al-Quran dan hukumnyaBerhubung perkara ini adalah berfirman "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang-orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi alasan bagi Allah untuk menyiksamu?" - An-Nisa':144.

Rasulullah s.a.w. pula mengingatkan supaya kalangan yang berkehendakkan sesuatu jawatan/menjadi pemimpin hendaklah jangan dilantik kerana ianya akan mendatangkan banyak masalah kepada pemimpin yang berkendekkan mennjadi pemimpin dan juga yang dipimpin. Sebaliknya jawatan hendaklah diberikan kepada orang yang dipilih dari kalangan yang tidak berkehendakkan sesuatu jawatan/menjadi pemimpin.
Iman Bukhari diriwayakan berkata bahawa Abu Zar mencerikatakan kepadanya bahawa beliau (Abu Zar) telah berkata kepada Rasulullah s.a.w "Wahai Rasulullah, tidakkah boleh Rasulullah melantikku ke sesuatu jawatan".

Lalu Rasulullah s.a.w. menepuk bahu Abu Zar dan bersabda: "Wahai Abu Zar! Engkau lemah. Jawatan itu adalah suatu amanah, ia di hari kiamat adalah suatu kehinaan dan penyesalan kecuali orang menerimanya kerana berhak dan menunaikan tugasnya dengan betul"

Dalam Islam, jawatan bukanlah satu hak yang mesti diberi, apatah lagi jika diperolehi melalui apa jua cara bermaksud penjawatnya berkehendakkan jawatan itu seperti melalui sogokkan, bodekkan dan sebagainya. Sebaliknya jawatan adalah satu tugas, tanggungjawab dan amanah.

Rasululah s.a.w. tidak memberikan sesuatu jawatan/kepimpinan kepada orang yang memohon atau orang yang berhasat untuk mendapatkannya tetapi akan menyerahkan kepada mereka yang cukup layak menjawat sesuatu jawatan/memimpin tetapi tidak berhajatkan jawatan berkenaan.

Imam Al-Hakam meriwayat, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang melantik menjalankan urusan umat Islam, maka ia melantik seorang tertentu sedangkan ia dapati ada yang lebih baik daripadanya, maka sesungguhnya ia mengkhianati Allah dan Rasul-Nya".

Ada riwayat yang mengatakan bahawa Umar Al-Khattab berkata: "Sesiapa yang melantik bagi urusan kaum muslimin akan seseorang kerana hubungan persahabatan atau hubungan keluarga dengannya, maka ia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang-orang Islam seluruhnya".

Anwar - tangguh jangan tak tangguh!!!!

Penangguhan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran seolah-olah pemimpin pakatan pembangkang itu takut kepada kebenaran.

Penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar yang juga bekas timbalan presiden parti itu ketika dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional berkata, tindakan Anwar itu suatu pembaziran kos, waktu dan tenaga manusia di mahkamah.

“Saya bukanlah hendak membuat kesimpulan dalam perkara ini. Namun inilah gambaran yang dapat dilihat.

“Kenapa hendak tangguh kalau kita tidak salah. Anwar seolah-olah takut pada sesuatu. Takut pada kebenaran yang akan terbongkar dalam perbicaraan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Chandra berkata, kes berkenaan sangat penting kepada masyarakat apatah lagi ia melibatkan isu moral.

“Justeru sebagai seorang pejuang rakyat dan pejuang keadilan kononnya, Anwar perlu memastikan perbicaraan beliau selesai secepat mungkin.

“Anwar perlu bersikap adil kepada mahkamah, rakyat dan yang paling penting mangsa atau pengadu dalam kes berkenaan,” jelasnya.

Tambah Chandra, mahkamah tidak harus dipersalahkan ekoran penangguhan demi penangguhan yang berlaku.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, sikap pemimpin pembangkang itu yang sering mencari alasan bagi menangguhkan perbicaraan di mahkamah hanya mengundang tanda tanya masyarakat.

‘‘Kesimpulan kita, dia (Anwar) takut kes dia berjalan. Kalau dia tak bersalah, hadapi di mahkamah. Yang buat demonstrasi jalanan apa hal?

‘‘Orang ramai juga akhirnya akan sampai pada kesimpulan, yang berlaku semua ini ialah kerana dia takut dengan kes dia,” katanya di sini semalam.

Bekas pembantu peribadi Anwar iaitu Saiful Bukhari Azlan dalam blognya baru-baru ini menyatakan rasa kesal terhadap penangguhan kes liwat yang dihadapi oleh bekas majikannya itu ekoran tindakan Anwar mengemukakan beberapa permohonan berkaitan dengan kes tersebut.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata ‘‘Jika Anwar tidak bimbang, tak bersalah, hadapi sahaja kes. Apa juga pembelaan, buat di dalam mahkamah. Bukan buat huru-hara di jalan”.

Beliau yakin apa yang berlaku hari ini terutama di Perak adalah antara strategi Anwar mengelak berdepan dengan proses keadilan.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan usaha Anwar yang mahu membatalkan kumpulan pendakwaan terhadap kes itu atas sebab-sebab tertentu.

‘‘Bagaimana kalau saya pula kata, R. Sivarasa tidak dibenarkan menjadi peguam bela Anwar kerana Sivarasa adalah seorang yang berkepentingan kepada Anwar selain dia juga ialah ahli Parlimen pembangkang. Boleh saya kata begitu?

‘‘Kalau saya tak boleh buat begitu, bagaimana dia boleh lakukan kepada unit pendakwaan kita dengan mengatakan pendakwa ini satu masa dulu kononnya pernah buat laporan tidak betul. Ini tak logik, mengarut,” katanya.

Beliau berkata, Anwar sepatutnya mempertikaikan tanggungjawab seseorang hakim sama ada berlaku adil atau tidak bukan terhadap kumpulan pendakwa raya.

‘‘Yang patut dia bimbang ialah hakim bukan pendakwa itu. Pendakwa, dia mendakwa sahaja. Kalau dia marah pada Anwar, apa benda pun yang dia boleh buat pada Anwar?

‘‘Tetapi kalau hakim itu merupakan orang yang mungkin keadilannya berat sebelah, kita boleh minta supaya dia tidak dibenarkan mengadili kes,” katanya.
sumber utusan

Suara Hati Penulis

Jam pukul 2.15 pagi... mata aku masih lagi ternyata kukuh untuk aku keluarkan satu gaya penulis baru.. aku semalaman tidak dapat tidur.. Fikirkan masa depan aku, masa depan Malaysia.. Aku letak diri aku sebagai insan kerdil Allah SWT.. Sebagai rakyat sebuah negara kecil yang bergelar Malaysia.. Malaysia sebuah negara yang baru saja mencecah usia 52 tahun.. Negara berbilang bangsa, agama dan juga budaya. Suasana Malaysia kalu boleh aku garapkan disini bukan lagi seperti suasana Malaysia yang aku kenal masa aku kecil dahulu.. Dulu Malaysia kukuh segala segi, seperti sebuah jentera perang yang kukuh, sebuah kapal yang dapat meredah lautan luas.. namun kini bahtera yang dimudi mula menampak keretakkan, bumbung luas payung negara berdaulat makin tiris.. Titisan hujan dapat dirasai dengan jelas. Ini lah Malaysia kini. Ya...apa yang aku maksudkan adalah kuasa politik Malaysia yang makin kurang sinar... segala macam ada saja yang tak kena pada parti yang memimpin.. kerakusan jelas kepada parti yang membangkang.. Apapun itulah corak yang kita sendiri cari dan warnakan.. Jika gabungan pembangkang di bawah bumbung Pakatan Rakyat yang senantiasa mengintip pelbagai sudut dan sedia menanti untuk menjatuhkan parti yang memerintah, payung BN pula dilihat semakin goyah.. satu demi satu kawasan dijajah.. konon untuk kembalikan hak rakyat yang sememangnya tak sudah. UMNO dah makin gelabah, mencari skill yang makin hilang ditelan duit yang ditaburkan mereka serta tak kurang janji yang tak sudah... Kat mana lagi BN nak gubah? dah tentu pembaharuan yang kena ada, bukan duit atau pembangunan yang terlalu diharapkan rakyat.. Tapi ketelusan dalam memimpin pucuk pangkalnya... kita boleh JANJI dalam berkempen, tapi pastikan ditunaikan, kita BERKUASA, janji kita buang cara lama UMNO yang banyak memotong serta mencantas orang UMNO sendiri dalam memilih calon untuk sesuatu kawasan..Kekakalahan demi kekalahan bukti kuasa BN bukan lagi seperti dulu.. Kalu dulu orang kata, kalu calon BN diletakkan TONGGOL KAYU, TONGGOL KAYU boleh menang, tapi kini, sudah sebaliknya.. adakah PAKATAN RAKYAT memang betul-betul perjuangkan HAK RAKYAT yang dijanjikan? Jawapannya sudah tentu tidak.. PAKATAN RAKYAT sendiri sebenarnya goyah... PAS dengan hukum HUDUD, PKR dengan serpihan UMNO mengepalai segenap inchi tampuk pemerintahannya, DAP pun apa kurangnya... Gabungan ini sebenarnya bukan satu kuasa kuat politik yang mampu mengganggu gugat kuasa parti pemerintah.. Tapi kenapa rakyat menyokong PAKATAN RAKYAT? Apa yang mereka ada? Jawapannya rakyat sendiri sudah nampak dan jelak dengan BN, tapi kenapa? Kerana Ketirisan BN sendiri... BN parti yang kuat, dan sudah tentu ramai penyokongnya.. Tapi adakah mereka bersatu? UMNO sendiri tak bersatu dalam pilihanraya kecil sekali pun.. bila dengar pengumuman calon BN..PAKATAN RAKYAT sudah hidu kelemahan calon tersebut.. Adakah BN atau UMNO sudah sedia semua kemungkinan yang bakal dihadapinya? Jawapannya tidak.. Calon BN biasanya pasti akan ditentang oleh BN sendiri..kenapa? tentunya tiada satu hati... JIKA BERSATU SEMUA PARTI KOMPONEN DI BAWAH PAYUNG BN... PAKATAN RAKYAT DENGAN MUDAH MENUTUP KEDAI POLITIK MEREKA..

Bila kalah, mula banyak tangan dituding, itu ini salah... Tapi kalu ditilik balik sebenarnya salah sendiri.. Ubah diri kita sendiri.. Pandang cermin, kerana cermin tak pernah BOHONG.. aku suka jika kuasa politik terletak ditangan Melayu.. Kerana itu aku memperjuangkan bangsaku di alam maya ini... Bukan untuk mencari populariti atau wang poket, tapi sekadar buah fikirang yang bagi aku mungkin boleh di bawa ke meja perbincangan lantas menjadikan kenyataan. Malaysia tidak boleh tidak mestilah dipimpin dengan kuasa politik melayu... Ini berikutan kuasa inilah sajalah melayu dapat hidup sejahtera, cina dan india gembira.. Jika tidak, Pasti Malaysia berubah wajah menjadi SINGAPURA..Minggirlah kamu wahai bangsa Melayu... Cina memang dah ada kuasa, kuasa ekonomi yang tiada tandingannya... Melayu ada apa? Kuasa politik UMNO, PAS yang tak pernah sehati... seperti biasa akan terus berperang demi Islam, melayu dan rasuah.. TAPI apalah salahnya jika kedua pimpinan ini duduk semeja... Istiharkan genjatan senjata... Mari kita duduk semeja, Demi bangsaku yang tercinta... PAS mahukan Islam, tapi adakah UMNO tolak Islam? tidak sekali... TITIKNYA yang ada adalah Melayu dan Islam.. Kenapa perlu kita bezakan ideologi? Kenapa tidak bersatu hati? DEMI KUASA POLITIK MELAYU YANG AKAN DIPEROLEHI...ALAHAI..anak bangsaku Melayu..Alahai MALAYSIAku yang tercinta... dimanakah akhirnya titik nohtah melayu kalu kita asyik bersenggeta, berceramah menceritakan yang dusta, kita lupa, kuasa politik melayu akan lenyap begitu sahaja, dek tangan-tangan kita, yang bijak mengundang duka nestapa...

Parti Politik

Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya. Sebahagian parti yang lemah atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar dan menjadi sebuah barisan parti politik.

Hak untuk menubuhkan serta menjadi ahli parti politik adalah suatu hak asasi manusia iaitu di bawah Artikel 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya. Oleh itu, parti kerajaan yang menyekat kebangkitan parti-parti politik boleh dianggap sebagai mengamalkan totalitarianisme kerana mahu memonopolikan kerajaan dan menyekat perkembangan parti pembangkang.
Parti politik di Malaysia
Parti komponen Barisan Nasional
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Persatuan Cina Malaysia (MCA)
Kongres India Se-Malaysia (MIC)
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
Parti Progresif Penduduk (PPP)
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
Parti Maju Sabah (SAPP)
Parti Bersatu Sabah (PBS)
Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP)
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO)
Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
Parti Rakyat Sarawak (PRS)

Parti komponen Pakatan Rakyat
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
sumber wikipedia