SEBAGAI suatu keperluan kepada kehidupan makhluk bernyawa yang tidak dapat memisahkan diri dari hidup bermasyarakat ialah kena ada pemimpin. Untuk menjadi pemimpin mahu tidak mahu mereka yang dipilih kenalah dari yang paling terbaik dari yang terbaik dan yang paling terpilih dari yang boleh dipilih.
Orang Islam kena berhati-hati dalam soal kepimpinan kerana ia adalah persoalan yang ada kaitan dengan soal iman dan akidah, bahkah ia merupakan intisari daripada kalimah tauhid yakni al-wala wal-bara'.
Jika silap silap membuat pemilihan dalam soal kepimpinan boleh mendatangkan malapetaka sepanjang masa, malah apabila ianya ada kemungkinan akan mati dalam keadaan kafir dan murtad.
Jika dipilih seorang pemimpin yang ingkar kepada hukum dan syariat Allah s.w.t. sedangkan kita dalam keadaan sedar, maka pada saat itu kita menjadi orang yang munafik dan zalim, maka murka Allah amat besar kepada kita sebagaimana firmannya yang bermaksud;
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditepatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka" - An-Nisa': 145.
Menyedari peri pentingnya pemimpin dan kepemimpinan, maka Allah sendiri menyatakan dalam al-Quran empat kategori manusia yang tidak boleh, yang haram diangkat menjadi pemimpin, yang tidak termasuk dalam keempat-empat kategori pastilah diboleh. Yang diharamkan ialah;
PERTAMA: Orang Yahudi dan Nasrani
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian dari mereka. Barangsiapa di antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim" - Al-Maidah:51
KEDUA: Orang yang melebihi atau mengutamakan kekafiran daripada keimananDalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir dari iman. Barangsiapa mengangkatnya menjadi pemimpin dari kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim". - At-Taubah:23.
KETIGA: Orang yang diluar kalangamu termasuk di dalamnya orang munafikAllah berfirman, mafhumnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil sahabat yang setia selain dari golongan kamu, mereka tidak henti-hentinya berikhtiar mencelakakan kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesunugguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka, tetapi apa yang tersembunyi dalam hati mereka adalah lebih besar lagi. Kami telah terangkan kepadamu tanda-tanda jika kamu mahu berfikir.
Ingatlah kamu ini mencintai mereka sedang mereka tidak mencintai kepadamu dan kamu percaya kepada seluruh kandungan al-Quran, sedang mereka itu apabila bertemu dengan kamu, mereka mengakui: kami beriman, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari mereka lantaran marah bercampur benci kepadamu. Katakanlah kepada mereka: matilah kamu bersama kemarahan kamu itu. Allah mengetahui apa yang ada di dalam dadamu/hatimu". - Ali-'Imran:118-119.
KEEMPAT: Orang yang mengingkari Al-Quran dan hukumnyaBerhubung perkara ini adalah berfirman "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang-orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi alasan bagi Allah untuk menyiksamu?" - An-Nisa':144.
Rasulullah s.a.w. pula mengingatkan supaya kalangan yang berkehendakkan sesuatu jawatan/menjadi pemimpin hendaklah jangan dilantik kerana ianya akan mendatangkan banyak masalah kepada pemimpin yang berkendekkan mennjadi pemimpin dan juga yang dipimpin. Sebaliknya jawatan hendaklah diberikan kepada orang yang dipilih dari kalangan yang tidak berkehendakkan sesuatu jawatan/menjadi pemimpin.
Iman Bukhari diriwayakan berkata bahawa Abu Zar mencerikatakan kepadanya bahawa beliau (Abu Zar) telah berkata kepada Rasulullah s.a.w "Wahai Rasulullah, tidakkah boleh Rasulullah melantikku ke sesuatu jawatan".
Lalu Rasulullah s.a.w. menepuk bahu Abu Zar dan bersabda: "Wahai Abu Zar! Engkau lemah. Jawatan itu adalah suatu amanah, ia di hari kiamat adalah suatu kehinaan dan penyesalan kecuali orang menerimanya kerana berhak dan menunaikan tugasnya dengan betul"
Dalam Islam, jawatan bukanlah satu hak yang mesti diberi, apatah lagi jika diperolehi melalui apa jua cara bermaksud penjawatnya berkehendakkan jawatan itu seperti melalui sogokkan, bodekkan dan sebagainya. Sebaliknya jawatan adalah satu tugas, tanggungjawab dan amanah.
Rasululah s.a.w. tidak memberikan sesuatu jawatan/kepimpinan kepada orang yang memohon atau orang yang berhasat untuk mendapatkannya tetapi akan menyerahkan kepada mereka yang cukup layak menjawat sesuatu jawatan/memimpin tetapi tidak berhajatkan jawatan berkenaan.
Imam Al-Hakam meriwayat, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang melantik menjalankan urusan umat Islam, maka ia melantik seorang tertentu sedangkan ia dapati ada yang lebih baik daripadanya, maka sesungguhnya ia mengkhianati Allah dan Rasul-Nya".
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Umar Al-Khattab berkata: "Sesiapa yang melantik bagi urusan kaum muslimin akan seseorang kerana hubungan persahabatan atau hubungan keluarga dengannya, maka ia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang-orang Islam seluruhnya".
1 comment:
Puak UM-no nih termasuk dalam golongan ke 2, ke 3 dan ke 4......
Post a Comment