Anwar - tangguh jangan tak tangguh!!!!

Penangguhan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran seolah-olah pemimpin pakatan pembangkang itu takut kepada kebenaran.

Penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar yang juga bekas timbalan presiden parti itu ketika dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional berkata, tindakan Anwar itu suatu pembaziran kos, waktu dan tenaga manusia di mahkamah.

“Saya bukanlah hendak membuat kesimpulan dalam perkara ini. Namun inilah gambaran yang dapat dilihat.

“Kenapa hendak tangguh kalau kita tidak salah. Anwar seolah-olah takut pada sesuatu. Takut pada kebenaran yang akan terbongkar dalam perbicaraan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Chandra berkata, kes berkenaan sangat penting kepada masyarakat apatah lagi ia melibatkan isu moral.

“Justeru sebagai seorang pejuang rakyat dan pejuang keadilan kononnya, Anwar perlu memastikan perbicaraan beliau selesai secepat mungkin.

“Anwar perlu bersikap adil kepada mahkamah, rakyat dan yang paling penting mangsa atau pengadu dalam kes berkenaan,” jelasnya.

Tambah Chandra, mahkamah tidak harus dipersalahkan ekoran penangguhan demi penangguhan yang berlaku.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, sikap pemimpin pembangkang itu yang sering mencari alasan bagi menangguhkan perbicaraan di mahkamah hanya mengundang tanda tanya masyarakat.

‘‘Kesimpulan kita, dia (Anwar) takut kes dia berjalan. Kalau dia tak bersalah, hadapi di mahkamah. Yang buat demonstrasi jalanan apa hal?

‘‘Orang ramai juga akhirnya akan sampai pada kesimpulan, yang berlaku semua ini ialah kerana dia takut dengan kes dia,” katanya di sini semalam.

Bekas pembantu peribadi Anwar iaitu Saiful Bukhari Azlan dalam blognya baru-baru ini menyatakan rasa kesal terhadap penangguhan kes liwat yang dihadapi oleh bekas majikannya itu ekoran tindakan Anwar mengemukakan beberapa permohonan berkaitan dengan kes tersebut.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata ‘‘Jika Anwar tidak bimbang, tak bersalah, hadapi sahaja kes. Apa juga pembelaan, buat di dalam mahkamah. Bukan buat huru-hara di jalan”.

Beliau yakin apa yang berlaku hari ini terutama di Perak adalah antara strategi Anwar mengelak berdepan dengan proses keadilan.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan usaha Anwar yang mahu membatalkan kumpulan pendakwaan terhadap kes itu atas sebab-sebab tertentu.

‘‘Bagaimana kalau saya pula kata, R. Sivarasa tidak dibenarkan menjadi peguam bela Anwar kerana Sivarasa adalah seorang yang berkepentingan kepada Anwar selain dia juga ialah ahli Parlimen pembangkang. Boleh saya kata begitu?

‘‘Kalau saya tak boleh buat begitu, bagaimana dia boleh lakukan kepada unit pendakwaan kita dengan mengatakan pendakwa ini satu masa dulu kononnya pernah buat laporan tidak betul. Ini tak logik, mengarut,” katanya.

Beliau berkata, Anwar sepatutnya mempertikaikan tanggungjawab seseorang hakim sama ada berlaku adil atau tidak bukan terhadap kumpulan pendakwa raya.

‘‘Yang patut dia bimbang ialah hakim bukan pendakwa itu. Pendakwa, dia mendakwa sahaja. Kalau dia marah pada Anwar, apa benda pun yang dia boleh buat pada Anwar?

‘‘Tetapi kalau hakim itu merupakan orang yang mungkin keadilannya berat sebelah, kita boleh minta supaya dia tidak dibenarkan mengadili kes,” katanya.
sumber utusan

1 comment:

jebat_berani said...

KEPADA TUAN HAMBA BUDAK SETAN(bkn niat nak panggil setan,sekadar menghormati akan kehendaknya utk dipanggil SETAN..kalau tak,takkan la bubuh nama daksaytunk)

(ini jawapan bagi ulasan di blog hamba)
ADAKAH DENGAN MEMBINA KUIL DAN GEREJA ISLAM SUDAH DIKIRA TERHINA??BEGITU MUDAHKAH ISLAM TERHINA??SAUDARA,HARI INI APA YANG LEBIH MENGHINA ISLAM ADALAH PENOLAKKAN HUKUM ISLAM OLEH ORANG ISLAM ITU SENDIRI..

HARI INI ORANG ISLAM SENDIRI YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD TIDAK SESUAI UNTUK MASYARAKAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM..MENGAPA?ADAKAH ISLAM ITU DATANG HANYA UNTUK ORANG MELAYU?ATAU ISLAM ITU MASIH ADA KEKURANGAN?ATAU ALLAH TIDAK MEMAHAMI AKAN BUDAYA MASYARAKAT BERBILANG KAUM?

WUJUDNYA ISLAM HADHARI SEOLAH-OLAH ISLAM YANG DIBAWA NABI MUHAMMAD S.A.W MASIH TIDAK SEMPURNA..MEREKA CUBA MENTAKSIRKAN ISLAM MENGIKUT ACUAN MEREKA DAN SEOLAH-OLAH MEREKA LEBIH BIJAKSANA DARI ALLAH S.W.T..

MENGASINGKAN DIANTARA POLITIK DAN AGAMA SEOLAH-OLAH ISLAM TIDAK LAYAK MEMERINTAH...SEOLAH-OLAH ISLAM HANYA LAYAK BERADA DIMASJID,NIKAH KAWIN DAN KEMATIAN SAHAJA....

INILAH SEBENAR-BENARNYA PENGHINAAN KEPADA AGAMA ISLAM..PERLEMBAGAAN MALAYSIA SENDIRI MANYATAKAN BAHAWA SETIAP RAKYAT MALAYSIA BEBAS MENGAMALKAN AGAMA MEREKA..JADI MENGAPA HARUS KITA MEMPERTIKAIKAN HAK MEREKA INI...

MALAH ISLAM SENDIRI TIDAK MELARANG PENGANUT AGAMA LAIN DARI MENGAMALKAN AJARAN AGAMA MEREKA...JANGAN KITA BERTINDAK SEHINGGA MENJADIKAN ISLAM DIPANDANG BURUK OLEH PENGANUT AGAMA LAIN....

DI SESETENGAH NEGARA YANG MANA PENGANUT AGAMA ISLAM ADALAH MINORITI,MEREKA MASIH MEMBENARKAN PENGANUT AGAMA ISLAM MEMBINA MASJID DAN SURAU...MENGAPA KITA YANG TERDIRI DARI MASYARAKAT BERBILANG KAUM HENDAK BERTINDAK SEBALIKNYA PULA...KEADAAN INI HANYA AKAN MENJADIKAN ISLAM DIPANDANG BURUK...

APA YANG PENTING SEKARANG INI ADALAH MEMPERKASAKAN ORANG-ORANG ISLAM YANG MANA KITA LIHAT HARI INI SEMAKIN JAUH DARI AJARAN ISLAM YANG SEBENAR....JANGAN DIJADIKAN ISU KUIL DAN GEREJA INI SEBAGAI ISU POKOK KERANA BUKAN INI SEBENARNYA YANG MENGJADIKAN ISLAM TERHINA..

APA YANG MENJADIKAN ISLAM TERHINA ADALAH BILA MANA AJARAN ISLAM ITU DITOLAK OLEH ORANG ISLAM SENDIRI...DAN LAGI HINA BILA MANA ORANG ISLAM MENGAKU DIRI SEBAGAI SETAN..ISK,ISK,ISK..NAU'ZUBILLAH'HIMINZALIK...

BERTAUBATLAH SEBELUM AJAL MENJEMPUT KAMU...KERANA PINTU TAUBAT ITU SENTIASA TERBUKA BAGI ORANG-ORANG YANG INGIN BERTAUBAT...KITA SAMA-SAMA HAMBA ALLAH YAANG SERBA KEKURANGAN...MAKA SALINGLAH KITA HIDUP PESAN BERPESAN.....SEMOGA KEREDHAAN ALLAH MASIH ADA BUAT TUAN HAMBA

Post a Comment